Baru beberapa jam dilancarkan, koleksi Tudung Fazura ‘laris’ diserbu peminat

Nampaknya tahun ini merupakan Ramadan dan Syawal pertama buat aktres jelita, Nur Fazura selepas tujun bulan mendirikan rumah tangga dengan pasangan tercinta.

Walaupun sibuk menguruskan rutin harian dengan memasak juadah berbuka untuk suaminya aktor Fattah Amin, tetapi pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu komited dalam memajukan perniagaan jenama miliknya.

Selain baju kurung, wanita berusia 34 tahun itu turut melancarkan koleksi tudung di butik miliknya, Fazbulous di The Strand Mall, Kota Damansara baru-baru ini.

Jika sebelum ini butiknya dikenali sebagai House Of Doll, namun kini pelakon itu melakukan penjenamaan semula sebagai Fazbulous iaitu gabungan nama diantara Fazura dan Fabulous yang sering digunakan olehnya di laman media sosial.

Tetapi walaupun baru sahaja dilancarkan, ketiga-tiga koleksi tudungnya iaitu Tudung Fazura, shawl dan printed bawal telah habis dijual pada malam tersebut. Wow memang laku habis la!

VIDEO:

Mungkin disebabkan warna yang tidak terlalu kompleks dan coraknya yang ringkas serta gaya pemakaian oleh Fazura sendiri, sudah tentu ramai ingin kelihatan cantik dan berseri sepertinya pada hari raya nanti!

Sumber : Nur Fazura , fazbulous / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?