Beri ‘Hint’ Rindu-Rinduan, Zizan Razak & Mira Filzah Dilamun Cinta? Sweet Sangat!

Beberapa tahun lalu pelakon dan pelawak Zizan Razak pernah dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis berasal dari Terengganu, namun impian peminat ingin melihat Zizan naik pelamin masih tidak terlaksana sehingga kini.

Sejak itu, Zizan selalu diusik dengan artis wanita single terhangat di pasaran ketika ini. Akan tetapi, apabila membabitkan Mira Filzah, ada berpendapat mereka lebih dari sekadar kawan ketika ini.

Netizen dedah ‘bukti’

Untuk membuktikan gosip berkenaan bukan sekadar cakap-cakap kosong, seorang netizen menampilkan bukti kemungkinan mereka berdua sedang dilamun cinta. Instagram story menjadi medium untuk mereka ‘meluahkan’ rasa secara terbuka.

Dalam IG story itu, Mira dilihat memuatnaik gambar jaket di ribanya dipercayai di dalam pesawat menuju ke Australia untuk penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan. Turut disertakan adalah ayat ‘Don’t miss me okay, love?’ (Jangan rindu-rindu okay, sayang?).

Ini pula IG story Zizan

‘Membalas’ IG story Mira, Zizan memuatnaik gambar jam dan sebahagian tangannya dengan kapsyen ‘Sure I miss you sweetheart’ (Mestilah saya akan rindu sayangku). Sekaligus menguatkan lagi gosip yang bertebaran di laman sosial mengenai status hubungan mereka.

Guraun Mira Fil ter

Beberapa hari lalu, Zizan di Twitter juga sempat bergurau apabila menjawab ‘Mira Fil ter’ sebagai filter kegemarannya selain filter arnab seperti dimuatnaik di akaun Hot FM. Walaupun dengan niat melawak, ramai yang terhibur sehingga tweet berkenaan meraih ribuan perkongsian di laman itu.

Sumber: Luqozill , Zizan Razak

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?