Buat Secara Sukarela, Rendah Diri- Siapakah ‘Hero’ Disebalik Penemuan 13 Mangsa Terperangkap Di Gua Tham Luang?

Setelah beberapa minggu operasi menyelamat 13 mangsa yang terperangkap di Gua Tham Luang, akhirnya Thailand mendapat berita positif apabila beberapa mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh kumpulan penyelamat. Antara penyelamat yang mendapat tumpuan adalah dua individu dari British iaitu John Volanthen dan Richard Stanton.

Mereka merupakan penyelamat yang menjumpai mangsa-mangsa terperangkap di gua tersebut. Tapi siapakah dua daripada ‘Hero’ penyelam-penyelam yang sanggup meredah rintangan dalam gua untuk misi menyelamat ini? Ini beberapa info mengenai Richard dan John.

Pasukan yang sesuai untuk menjalankan operasi menyelamat

Richard Stanton (kiri) bersama pakar dari British Robert Harper dan John Volanthen di Thailand

Richard Stanton merupakan salah seorang dari South and Mid Wales Cave Rescue Team. Pengerusi pasukan itu Gary Mitchell berkata bahawa Richard dan rakannya, John Volanthen sudah menjalankan beberapa operasi menyelamat sebelum ini dan menyifatkan mereka merupakan individu yang sesuai untuk ke Thailand.

John dan Richard pernah melakukan beberapa misi menyelamat selama bertahun-tahun, dan mereka mempunyai kepakaran tersendiri untuk selamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam gua di Thailand.

Richard merupakah salah seorang dari pasukan yang pernah menyelamatkan penyelam terperangkap di Perancis (2010) dan mengeluarkan enam penyelam dari British di gua di Mexico (2004).

Richard yang dulu merupakan seorang bomba berkata, dia mula tertarik dengan dunia menyelam apabila melihat program bertajuk “Underground Eiger” ketika zaman kanak-kanak dan dia menyertai kelab menyelam dan penerokaan gua ketika di universiti.

Mempunyai karakter yang menarik, sangat merendah diri

Richard Stanton (kiri) dan John Volanthen (kanan)

Manakala rakan Richard, John Volanthen pula merupakan perunding IT berpengkalan di Bristol, tetapi membesar di Brighton. Ketika ditemuramah bersama Sunday Times pada tahun 2013, baginya sebagai penyelamat memerlukan ketenangan dan tahap kesabaran yang tinggi.

Ibu John, Jill berkata bahawa dia sangat bangga dengan usaha anaknya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa terperangkap di gua di Thailand.

Manakala rakan mereka, Martyn Farr menyifatkan John dan Richard sebagai ‘tenang, sangat disiplin, dan profesional.

Pengawal penyelamat dari Devon Cave Rescue Organisation, Jon Whiteley pula berkata mereka sangat merendah diri walaupun media dari seluruh dunia menumpukan perhatian pada mereka. Apabila isi menyelamat selesai, mereka kembali kepada kehidupan biasa, pekerjaan seharian dan keluarga mereka.

Pada tahun 2012, John dan Richard dianugerahkan medal Royal Humane Society di Buckingham Palace kerana telah menjalankan operasi menyelamat di Perancis.

Mereka juga menawarkan diri untuk ke Thailand dengan secara sukarela.

Video Kupasan Dari Astro Awani

Sumber: BBC / Ohbulan / Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?