Bukan entiti misteri, tetapi lelaki sebenar. Ini dia identiti lelaki misteri Dewan Negara itu

Persidangan pada hari kedua Parlimen telah mendapat perhatian netizen setelah penampakan seorang lelaki misteri telah dilihat di dalam Dewan Negara hari ini.

Gambar yang telah dimuat naik oleh Ketua Setiausaha Negara melalui Twitter beliau itu telah menjadi tular di media sosial dan menimbul pelbagai tanda tanya di kalangan netizen.

Setelah menyedari perkara tersebut, pegawai media KSN telah tampil kehadapan menjelaskan perkara sebenar berhubung lelaki misteri di dalam gambar tersebut.

Menurut mereka, lelaki tersebut sebenarnya tetamu kepada P. Waytha Moorthy yang merupakan pengerusi Hindraf yang telah dilantik sebagai senotar dan hadir pada majlis angkat sumpah di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut salah seorang pengguna Twitter, tetamu P. Waytha sebenarnya duduk di kerusinya sendiri. Namun sudut gambar itu diambil membuatkan ianya kelihatan seperti dua orang yang duduk berkongsi satu kerusi.

Selain daripada itu, seorang pengguna lain yang dipercayai petugas Parlimen turut tampil memberitahu yang lelaki di dalam gambar itu bukanlah sebuah entiti kerana dia sendiri sudah melihat dan melayani lelaki tersebut di Parlimen awal pagi tadi.

Maka dengan jawapan yang diberikan oleh pihak KSN dan lain-lain saksi di tempat kejadian, isu penampakan lelaki misteri di dalam Dewan Negara hari ini dilihat  sudah selesai.

Sumber : mStar / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?