Buletin Utama ‘Buat Hal’ Lagi

Sejak kebelakangan ini, Buletin Utama TV3 sering mendapat perhatian netizen gara-gara lebih terbuka dalam menyampaikan berita. Kalau sebelum ini, viral headline bola sepak yang agak lucu.

Kali ini, sekali lagi wartawan pula membuat lawak dengan menyanyikan lagu Siti Nurhaliza, ‘Comel Si Pipi Merah’. Nyanyian itu menghiburkan ramai penonton yang menganggap wartawan itu masuk air. Siapa dia?

Ting ting tang ting

VIDEO:

Ramai netizen yang tertanya-tanya siapakah gerangan wartawan yang menyanyi lagu Siti Nurhaliza itu. Ramai yang meneka suara itu milik Safwan Sawi. Wartawan ini pernah viral ketika dahulu dengan berita fasa MRT 2.

Berita MRT

VIDEO:

Safwan Sawi mempunyai 8 tahun pengalaman dalam Sri Pentas, Media Prima sebagai wartawan siaran TV3. Dia pernah memecahkan rekod apabila liputan beritanya di stesen Mass Rapid Transit (MRT) yang baru dibina ketika itu berjaya menjadi daya tarikan kepada penonton. Berita yang digayakan dengan bersahaja serta lenggok tubuh badan yang lucu membuatkan penonton tidak bosan menontonnya. Jadi tidak hairanlah kalau wartawan membuat perangai giler-giler kali ini.

Dah lama simpan perangai giler

Nyempat dia menyanyi eh

Dah boleh ujibakat suara

Syak reporter nak tukar kerjaya

Sumber : Izzat Kamarudin / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?