‘Dah Nasihat, Tapi..’ – Foto Cium Anak Jadi Viral, Ini Respon Kazar

Sebelum ini anak kepada pelakon veteran, Kazar, iaitu Ira pernah mencetuskan kontroversi hangat apabila video gelek dengan aksi keterlaluan menjadi viral. Selepas pelbagai kecaman diterima, Ira mengakui kesilapan dan memohon maaf.

Terbaru, Ira sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik gambar bercium di Instagram Story. Menerusi Harian Metro, Kazar memberikan respon ini.

Dah nasihat, minta jaga nama baik keluarga

Ketika diminta mengular isu gambar cium anaknya yang menjadi viral, Kazar memberitahu lelaki di dalam gambar tersebut adalah sepupunya. Kata Kazar lagi, hubungan mereka terlampau rapat.

Itu gambar Ira dengan sepupunya, Haffiz yang juga anak pelawak Helmi Gimmick. Hubungan mereka terlampau rapat. Tapi saya sedar perbuatan yang dilakukannya itu tetap salah.

Saya tidak tahu pun mengenai gambar itu kerana jarang mengikuti Instagram miliknya.

Walaupun mereka sepupu tetapi perbuatan Ira memuat naik gambar seperti itu tetap salah.

Minta netizen datang rumah, tengok sendiri

Kazar juga mengakui sudah menasihati anak perempuannya supaya tidak mencetuskan sebarang kontroversi dan menjaga nama baik keluarga.

Saya memang sudah menasihatkannya supaya menjaga nama baik saya dan keluarga tetapi nampaknya dia mencetuskan kontroversi sekali lagi.

Sebagai bapa, saya lebih kenal anak saya macam mana.

Saya boleh terima teguran secara berdepan. Sebab itu saya suruh netizen datanglah ke rumah dan tengok sendiri bagaimana rapatnya hubungan kami sekeluarga.

Walaubagaimanapun, Kazar tidak mahu cepat melatah dengan kecaman yang dilemparkan netizen. Dia sebagai bapa lebih mengenali anak secara peribadi.

Sumber : Harian Metro


Apa Kata Anda?