Dianggap Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia, Peminat Liverpool Ingin Peluk Islam Kerana Mo Salah?

Bagi peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris, anda pasti dengan nama pemain dari Liverpool dan Mesir, Mo Salah. Pemain itu baru sahaja berpindah ke kelab Merseyside dari AS Roma pada Julai lepas. Walaupun belum sampai satu musim bersama Liverpool, namun kehadiran Salah beri impak yang besar pada kelab bola sepak itu. Dia juga kini mendahului carta dalam penjaring terbanyak liga dengan 29 gol.

Selain aksinya dalam padang, Salah juga terkenal dengan sikap rendah diri dan sering membawa Al Quran walau diamana dia berada. Oleh sebab itu, ada sesetengah peminat Liverpool sanggup memeluk agama Islam. Betul ke sampai macam ni sekali?

Ingin peluk Islam kerana pemain bola sepak?

Sebelum ni bekas pemain FC Basel, Chelsea, Fiorentina dan AS Roma ini tidak begitu mendapat perhatian sehingga lah aksinya di kelab baru, Liverpool jadi perbualan peminat serta pengkritik bola sepak dunia. Hampir setiap perlawanan Salah menjaringkan gol.
 
Aksi hebatnya telah membuatkan segelintir peminat The Reds ingin memeluk agama Islam. Sahih atau tidak, kami tak pasti tapi jika benar, jelas sekali Salah telah mengubah persepsi Non-Muslimterhadap agama Islam. Seperti salah seorang peminat Liverpool ini, dia berkata bahawa dia sudah memeluk Islam di laman Twitter miliknya. Sebabnya adalah seperti dibawah; Bola sepak dapat ubah persepsi orang luar terhadap Islam? Sumber: Twitter
 
Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?