‘Kesian Tokti’ – Netizen Kecam Wanita Sebar Foto Anak Dato’ Siti Nurhaliza

Semalam penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasmi kelahiran bayi perempuannya. Dato’ Siti dan suami bagaimanapun memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar bayi mereka itu apabila tiba waktu yang sesuai.

Terbaru, seorang wanita telah memuatnaik dan menyebarkan gambar bayi perempuan penyanyi cindai ini lantas menaikkan kemarahan netizen.

‘Allah bagi jawapan doa beliau’

Posting tersebut mendapat tanda suka sebanyak 5.2k setelah dua jam dimuatnaik. Bagaimana pun, status tersebut tidak mendapat respon yang baik daripada peminat.

‘Tak jaga privasi orang..’

Rata-rata netizen meminta pemilik akaun tersebut untuk menghormati privasi Dato’ Siti. Selain itu, netizen juga meminta agar posting itu terhenti setakat itu sahaja tanpa ada sebarang perkongsian oleh sesiapa.

‘Bagi ruang bersama keluarga baru’

Ada juga peminat yang meminta pemilik akaun tersebut untuk memberi ruang kepada Dato’ Siti kerana perkara seperti ini mampu menganggu emosi penyanyi kesayangan ramai itu.

‘Batak like ke kamu ni?’

Peminat juga menyifatkan bahawa pemilik akaun tersebut sebagai ingin meraih populariti semata-mata dengan menggunakan gambar tersebut.

‘Dia tunggu 10 tahun senang-senang hampa post..’

Dalam ruang komen posting tersebut juga netizen rata-rata meminta pemilik akaun tersebut untuk memadam gambar berkenaan.

‘Spam delete diruang komen’

Netizen mengambil kata sepakat untuk membuat laporan keatas posting terbabit dengan menulis komen delete yang berbentuk spam sehingga gambar tersebut diturunkan.

‘Tidak semua juara itu menang..’

Pengurus peribadi Dato’ Siti Nurhaliza juga telah membuat kenyataan bagi meminta mana-mana pihak agar menghormati dan yakin dengan keputusan pasangan itu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber; Ohbulan


Apa Kata Anda?