Kisah Pengantin Lelaki Masak Sendiri 10 Jenis Nasi Selama 4 Jam Sebelum Bersanding.. Rajin Sungguh!

Dalam banyak-banyak majlis perkahwinan, kami rasa kisah pasangan pengantin baru dari Pahang ini paling menarik perhatian sekali. Ini kerana si pengantin lelaki sanggup menghabiskan masa selama empat jam untuk menyediakan banyak jenis makanan untuk 2,000 orang tetamu.

Bukan itu sahaja, bajet dikeluarkan oleh lelaki ini untuk makanan lagi banyak dari pakaian yang dikenakan di hari persandingan. Semoga mereka ni kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin!

Ambil masa 4 jam untuk memasak di hari persandingan

Menerusi laporan Harian Metro, seorang pengantin lelaki bernama Syukri sanggup memasak sendiri 10 jenis nasi selama empat jam pada sebelah pagi pada hari persandingannya. Kesemua masakan itu ingin disediakan kepada 2,ooo tetamu.

Tambah Syukri, dia hanya memakai pakaian berharga RM150, isterinya RM250, tetapi mengeluarkan bajet sebanyak RM9,000 untuk makanan kepada tetamu. Untuk pengetahuan anda, Syukri mengusahakan syarikat katering bersama keluarganya (ANAC Katering Enterprise).

Mengenai servis makanan di hari persandingannya, Syukri berpuas hati kerana tetamu gembira dengan kualiti makanan yang dihidangkan.

Saya tidak kisah memakai pakaian yang murah, asalkan makanan yang disediakan terbaik dan sedap serta menggembirakan tetamu.

Idea itu sebenarnya untuk saya menghargai pelanggan di sekitar Raub (Pahang) selain untuk mereka mencuba keenakan pelbagai jenis nasi yang kami boleh sediakan.

Sebelum itu, saya umum dalam Facebook (FB) untuk menjemput semua orang datang ke majlis persandingan kami di Kampung Melayu Sungai Lui 2, Raub.

Tidak kisah belanja banyak untuk makanan

Dari segi persiapan, Syukri mula mendapatkan bahan-bahan diperlukan untuk memasak kesemua jenis nasi empat hari sebelum majlis. Dia menggunakan 97kg beras untuk memasak 10 jenis nasi iaitu Nasi Hujan Panas, Nasi Jagung, Nasi Serai, Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Keduli, Nasi Lobak dan Nasi Putih.

Saya belajar memasak daripada ibu saya, Norazizah Ahad, 60, yang memang suka dan pandai memasak serta kebolehan ini mungkin diwarisi daripadanya.

Lagi satu, saya juga ikut gaya ayah saya, Addnan Md Amin, 63, yang akan sediakan makanan yang agak ‘mewah’ untuk tetamu dalam apa saja majlis.

Selain daripada 10 jenis nasi, saya menyediakan tujuh jenis lauk dan enam jenis air berperisa untuk tetamu dan Alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku kerana semuanya habis dan cukup.

Saya tidak kisah keluarkan belanja banyak untuk penyediaan makanan majlis kedua-dua pihak ini kerana kalau makan, kita akan kenyang dan ini juga adalah satu daripada cara untuk bersedekah.

Syukri juga berkata dia amat bersyukur makanan disediakan mencukupi.

Sumber: myMetro

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?