‘Mesti Nazim Rindu Bella Sangat’ – Komen Nazim Othman Buat Netizen Tersentuh, Doa Kembali Bersatu

Berita perpisahan yang diumumkan Nazim Othman dan Bella Dally di Instagram baru-baru ini telah mengejutkan para peminat. Ramai yang tidak menyangka khabar angin yang mengatakan mereka dalam keadaan bermasalah membawa kepada penceraian.

Di Instagram, Bella Dally nampaknya kini sedang sibuk menjayakan Celebfest Ramadhan 2018, yang paling penting cookies yang dijual Bella sold out! Di ruangan komen, komen Nazim ini membuatkan ramai touching.

Cookies sold out!

Menerusi video pendek yang dimuatnaik Bella Dally, jelas terpancar kegembiraan di wajahnya apabila barangan yang dijual mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Selain daripada itu, Bella juga dilihat meluangkan masa bergambar dan berbual dengan para peminat yang memberi sokongan.

Di ruangan komen, ucapan tahniah Nazim Othman ini membuatkan ramai tersentuh dan mendoakan agar mereka bersatu kembali.

‘I’m happy for U’ – Nazim Othman

Ramai tersentuh

Doakan kembali bersatu

Sumber : Instagram belladally / Ohbulan


Apa Kata Anda?