‘Penglihatan Hampir Sifar & Laluan Sempit’ – Cabaran Penyelam Misi Gua Tham Luang

 

Semalam, media melaporkan seramai 4 orang kanak-kanak m4ngsa gua Tham Luang telah berjaya dikeluarkan setelah operasi menyelamat dimulakan pada jam 10 lagi. Difahamkan, seramai 13 penyelam antarabangsa, lima penyelam Thailand dan lima penyelam SEAL telah terlibat dalam misi ini.

Mengambil masa 6 jam untuk sampai kepada kanak-kanak tersebut, ini cabaran yang harus dilalui pasukan penyelam.

Tahap penglihatan hampir sifar, ambil masa 6-7 jam

Memetik laporan Astro Awani, Blue World Academy memberitahu penyelam profesional kebanyakannya hanya mempunyai kepakaran menyelam di laut dalam. Bagi operasi ini mereka telah mengambil kelas khas yang mengambil masa 7 hingga 14 hari.

Selain daripada laluan sempit, tahap penglihatan mereka juga hampir sifar disebabkan air lumpur. Untuk sampai kepada m4ngsa, penyelam mengambil masa selama 6 ke 7 jam.

Perlu iring m4ngsa sambil bawa tong oksigen

VIDEO:

Setakat ini, seramai 4 orang m4ngsa telah dikeluarkan dengan selamat. Dan dalam operasi yang telah dijalankan semalam, mereka akan dikeluarkan secara berperingkat melalui empat kumpulan. Menurut laporan Bangkok Post, seramai 4 orang m4ngsa di dalam kumpulan pertama, kumpulan seterusnya pula tiga orang dan jurulatih berada di kumpulan terakhir.

Berdasarkan lakaran yang ditunjukkan oleh kerajaan Thailand, seorang m4ngsa akan diiringi dua orang penyelam yang memakai topeng penuh berpandukan tali. Dalam laluan sempit, penyelam akan melepaskan tali dari belakang dan perlahan-lahan menggerakkannya sambil membimbing m4ngsa. Dari ruang tiga gua pula, mereka akan berjalan ke pintu gua.

Kami pasti, misi penyelamat ini antara yang mencabar penah dilalui mereka kerana selain laluan yang sempit. Penyelamat juga perlu membawa satu atau dua tong oksigen untuk kegunaan m4ngsa.

Sumber : Astro Awani / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?