‘Perlu Ke Aku Pergi?’ – Dari 2016 ‘Peminat Misteri’ Ajak Datang Rumah, Ini Respon Aeril Zafrel

Aktor kacak, Aeril Zafrel merupakan salah seorang selebriti yang aktif berkongsi aktiviti hariannya di laman sosial. Selain daripada memuatnaik gambar dua orang anaknya yang comel, Aeril juga sering berkongsi gambar cute Wawa Zainal beserta kapsyen lucu. Nasib baiklah dapat isteri yang sportingmacam Wawa Zainal kan?

Terbaru, Aeril berkongsi satu screenshot peminat misteri yang sering menghantar mesej ajak datang ke rumah. Sejak dari 2016, peminat misteri tersebut tidak pernah serik walaupun tidak mendapat respon. Jadi korang rasa perlu ke Aeril pergi?

Dari 2016 dia ajak, perlu ke aku pergi? – Aeril

Aeril meminta pandangan pengikutnya di twitter sama ada dia perlu menerima ajakan peminat misteri tersebut. Sejak dari 2016, lelaki yang dipercayai bernama Rafi akan mengajaknya ke rumah pada pukul 8 malam, 10 malam dan 6 pagi pun ada! Di ruangan balas, netizen memberikan respon ini;

Peminat bangla kot

 

Lain macam Rafi ni, seram

Peminat menasihati Aeril supaya lebih berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Ada juga yang berpendapat, melihat kepada ejaan peminat misteri tersebut adalah warganegara Bangla.

Biar betul? Kenapa pula ajak sampai ke rumah?

Sumber : Twitter Aeril Zafrel

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?