‘Saya Rasa Tak Sedap Hati & …’ – Isteri Korb4n Gua Tham Luang Akur Pemergian Suami

 

Operasi menyelamatkan 13 m4ngsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai masih diteruskan lagi oleh penyelamat Thai Navy SEAL dan kumpulan penyelamat antarabangsa. Setelah beberapa minggu operasi tersebut dijalankan, terdapat seorang penyelamat yang terkorb4n iaitu Saman Gunan, penyelam tentera laut Thailand yang kehabisan oksigen setelah menghantar tong oksigen kepada penyelamat yang lain.

Isterinya, Waleeporn Gunan menceritakan saat-saat terakhir perbualan dia bersama suami dan kini redha akan pemergian suaminya itu.

‘Dia telah banggakan keluarga’

Walaupun saat-saat terakhir ketika suami tidak lagi bern4fas, dia telah membuat keluarga bangga dengan komitmen dan tanggungjawabnya. Sebelum dia nak pergi menjalankan misi hari itu, dia belum cukup rehat. Malah, dia tetap nak menjadi salah seorang yang membantu misi ini dan menyelamatkan m4ngsa.

Saya juga memesan kepadanya, jika mahu terlibat menyelamatkan m4ngsa itu dia kena menjaga diri sendiri juga. Saya juga melarang dia untuk tidak menyelam. Saya rasa tidak sedap hati dan tak tahu nak terangkan macam mana lagi.

Saya nak beritahu dia yang saya amat sayangkan dia dan boleh diakui tiada lelaki macam dia dalam dunia ini. Saya akan tetap sayangkan dia, sayang saya kepadanya tidak akan berubah.

 

Hero yang sebenar

Saman Gunan merupakan salah seorang penyelam tentera laut Thailand dan telah terkorb4n dalam misi ini pada Khamis, 5 Julai lalu. Dia bertanggungjawab untuk menghantar tong oksigen kepada penyelamat yang lain di dalam gua, ketika perjalanan pulang untuk keluar dari gua tersebut dia kehabisan oksigen dan didapati meningg4l di tempat kejadiaan.

Sumber: up2youha / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?