Silap Mata Peserta Malaysia Dalam Britain’s Got Talent Buat Juri & Penonton Tercengang. Amazing!

Bakat dan kebolehan anak Malaysia memang tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun seringkali tidak begitu diendahkan dan dihargai di tanah air sendiri, namun semua itu tidak mematahkan semangat anak tempatah untuk membuktikan semangat Malaysia Boleh di mata dunia.

Terbaru, ahli silap mata kita, Andrew Lee  diberi peluang untuk membuat persembahan dalam rancangan Britain’s Got Talent. Memang power habis!

Penonton, juri terkejut

 
 

Dalam persembahan itu, Andrew meminta seorang lelaki memilih kad secara rawak, mengoyakkannya sebagai penanda sebelum memanggil pembantunya untuk membawa papan  yang digantungkan pada lelaki berkenaan.

Paling mendebarkan apabila rupanya Andrew ingin membaling pisau ke arah papan terbabit yang dipakai lelaki bernama Dec itu. Sebelum dibaling, lelaki 31 tahun ini meminta seorang lagi pengacara melontar puluhan kad ke udara.

Pengakhirannya cukup-cukup tidak dapat disangka. Juri-juri dan penonton tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut dan teruja mereka dengan trik yang dipersembahkan Andrew. Terbaiklah!

Sumber: Britain’s Got Talent

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?