Spekulasi Cinta Berputik Kembali Dengan Hans Isaac, Ini Respon Neelofa

Selebriti popular, Neelofa seperti sedia maklum pernah menyulam cinta dengan aktor kacak, Hans Isaac. Namun sayang seribu kali sayang, hubungan yang terjalin itu tidak kesampaian apabila mereka membawa haluan masing-masing.

Baru-baru ini tersebar gambar Neelofa dan Hans menikmati makan malam sambil ditemani rakan-rakan di Genting Highlands, 17 Mac lalu. Foto berkenaan mengundang spekulasi netizen yang tertanya-tanya adakah cinta mereka kembali bertaut?

Tak nak adakan benda yang tak ada

Bercakap kepada Berita Harian, Neelofa menafikan perkara itu namun mengakui dia masih selesa berkawan dengan Hans dan akan kekal sebegitu selamanya.

Bagaimana saya nak adakan benda yang tidak ada? Anda beritahu saya. Apa pun yang terjadi, saya dan Hans tetap berkawan.

Dia kahwin ke, saya kahwin ke atau saya ada orang lain, kami tetap akan menjadi kawan sampai bila-bila.

Lofa-Hans tahu batas

Tambah Lofa, hubungan dia dan Hans kekal profesional untuk kerja semata, malahan perkara itu diketahui dan dihormati keluarganya.

Menjayakan projek bersama atau bekerja, itu akan selalu terjadi. Tetapi, saya dan Hans tahu bagaimana untuk meletakkan batas.

Kawan dan keluarga menyaksikannya, malah mereka tahu perkara itu. Mereka menghormati persahabatan kami.

Berkenaan isu panas melanda dirinya ketika pelancaran koleksi tudungnya baru-baru ini, menurutnya dia tidak lagi mahu mengulas dan mengenang benda yang sudah terjadi.

Alhamdulillah, saya gembira dengan diri dan hidup ini. Apa yang terjadi, ditulis dan diperkatakan, saya memilih untuk hidup gembira.

Saya percaya ada benda yang lebih baik akan datang menyusul. Saya kena terus positif dan kekal kuat.

 

Sumber: Berita Harian

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?