Sweet dan romantik, Instafamous ini beri kejutan kepada isteri tercinta di atas kapal mewah

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan Instafamous, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aaina yang satu ketika dulu pernah menjadi tular di media sosial dek kerana produk keluarannya yang dihasilkan mendapat keraguan daripada netizen. Tidak hanya berdiam diri, pasangan tersebut telah tampil memberi penjelasan dan kontorversi tersebut telah pun reda.

Dikenali sebagai pasangan yang sweet dan romantik, Hafiz telah membuat kejutan kepada isteri tercinta baru-baru ini di atas sebuah kapal mewah. Berlatarbelakangkan muzik My Heart Will Go On nyanyian Celion Dion, Hafiz dan Aaina kelihatan sangat gembira dan perkara tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hafiz, bersempena dengan Hari Ibu yang akan tiba pada Ahad ini, Hafiz telah memberi kejutan kepada isterinya. Video tersebut telah mendapat hampir 30,000 tontonan dan rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

Hafiz bergambar bersama ibu dan isteri.

”Sweetnya dorang ni…”

Semoga bahagia hingga akhir hayat.

Dikenali sebagai pasangan Instafamous paling ‘sweet’.

 

Sumber: Ohmymedia


Apa Kata Anda?