‘Tarikh Ini Saya Putuskan Untuk Tinggal Di Hati Awak’- Sambut Anniversary Pertama, Ini Ucapan Sweet Hazama Kepada Isteri Tercinta

Hari ulang tahun perkahwinan sudah pasti merupakan hari yang paling istimewa buat setiap pasangan berkahwin mengimbau semula saat suka duka yang telah dilalui bersama sepanjang bergelar suami isteri. Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya dan mereka turut mengimpikan kehidupan yang bahagia hingga ke akhir hayat.

15 Januari merupakan tarikh keramat bagi pasangan Hazama dan isterinya, Genervie Kam apabila disatukan pada hari ini setahun yang lalu. Kini usia perkahwinan mereka sudah menjangkau satu tahun. Paling mencuri tumpuan apabila Hazama dan Gevervie Kam dilihat saling membalas ucapan sweet di Instagram.

Maafkan kekurangan saya

This 1 year taught me everything

Genervie memberitahu bukan mudah untuk melayari bahtera perkahwinan ini sepanjang setahun mereka bersama. Malah dia turut berkata banyak perkara yang dia telah pelajari untuk memahami hati budi bukan sahaja Hazama malah keluarganya juga. Tambah Genervie, belajar untuk sabar adalah mudah tapi untuk mempraktikkannya adalah sesuatu perkara yang sukar.

Respon netizen

Malah, bukan Admin sahaja yang rasakan ucapan mereka ini sweet dan romantik, tetapi peminat mereka turut mengatakan perkara yang sama. Di kesempatan ini, Admin juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama buat pasangan Hazama dan Genervie ini.  Semoga rumah tangga mereka sentiasa dipalit  rasa bahagia dan akan kekal hingga ke jannah.

Sumber: HazamaGenervie Kam

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?