Tidak Mahu Bermain Menentang Israel, Bila Ditanya Wartawan Ini Jawapan Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia

Demam Piala Dunia 2018 bakal melanda pada 14 Jun 2018 akan datang. Kebiasaannya sebelum pertandingan bermula, semua pasukan bertanding akan mengadakan perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan. Terbaru, pemain bola sepak terbaik dunia, Lionel Messi  dan pasukan Argentina dijadualkan untuk menentang pasukan Israel.

Tetapi pemain dari kelab Catalan, Barcelona itu menolak untuk disenaraikan dalam perlawanan itu atas beberapa sebab. Bila ditanya wartawan apa sebab dia berbuat begitu, ini jawapannya.. Respect lah!

‘Saya menentang keganasan..’- Messi

Menerusi Twitter, beberapa laporan dipercayai berkata bahawa Messi tidak ingin Argentina mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak Israel adalah kerana keganasan negara itu terhadap Palestin. Katanya, dia menolak sekeras-kerasnya keganasan dan percaya dunia seharusnya menjadi tempat yang aman.

‘Kami minta agar dia tidak bermain’- Presiden bola sepak Palestin

Sementara itu, Presiden bola sepak Palestin Jibril Rajoub meminta agar Lionel Messi tidak mewakili negaranya untuk menentang pasukan bola sepak Israel. Tambahnya, kapten Argentina itu merupakan ikon bagi generasi masa kini dan juga simbol keamanan.

Rakan pasukan sokong tindakan Messi

Sumber: Twitter / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?