‘Twist, Ungkit, Acah-Acah Jadi Mangsa, Tuduh Orang…’ – Zahirah Macwilson, Zul Ariffin Perli-Memerli Di IG?

Umum mengetahui perhubungan Zul Ariffin dengan aktres kacukan Zahirah Macwilson sudah kecundang di tengah jalan. Kedua-duanya memilih haluan sendiri setelah kedua-duanya tidak mampu lagi menyelamatkan hubungan.

Namun setelah hubungan mereka berakhir, bagaikan masih ada yang tidak habis antara mereka. Setelah tersebar foto gadis cantik dikaitkan dengan Zul baru-baru ini, Zahirah dilihat membuat kenyataan yang seolah-olah menujukannya kepada bekas kekasihnya itu.

Luah perasaan di Instagram

Setelah tersebar gambar mesra yang didakwa mirip Zul dan gadis Ukraine itu, Zul kemudiannya membuat kenyataan mengatakan model itu hanya teman biasa yang dikenalinya ketika menjalani penggambaran di Phuket, Thailand.

Zahirah pula memuatnaik Instagram story yang dilihat seperti memerli seseorang namun tidak menyebut mana-mana nama. Antaranya dia mengatakan individu itu suka memutarbelit dan berlagak jadi mangsa dan menabur cinta di sana-sini.

Heroin Jangan Benci Cintaku itu juga mengatakan pengikutnya boleh mengagak individu yang dimaksudkannya.

Apa pula kata Zul?

Zul menerusi IG storynya turut seakan ‘membalas’ kenyataan Zahirah itu. Zul berpesan dengan mengatakan individu dimaksudkan supaya mengawal diri sendiri dan move on setelah apa yang berlaku antara mereka.

Pelakon sado ini juga turut mengatakan dia sibuk untuk melayan sindrom budak-budak yang baru mendapat perhatian daripada peminat.

Turut repost IG story

Zul juga turut membuat report IG story daripada rakannya yang menyatakan Zul tidak memerlukan 12 artikel di media untuk membuktikan sudah pulih dari kekecewaan lalu dan sudah move on.

Bagaimanapun IG story berkenaan dipadamkan tidak lama selepas itu.

Sumber: Zahirah Macwilson, Zul Ariffin / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?