[VIDEO] Lagu Suasana Hari Raya Versi Thailand Dari 3 Adik-Beradik Pattani

Adik Khamas Khamarali Bin Daud pernah menyertai sebuah rancangan realiti The Voice Kids Thailand musim ke-2 pada tahun 2014. Anak kelahiran Pattani, Thailand ini memberanikan diri untuk membuat beberapa cover lagu hari raya versi bahasa Thai. Ternyata cover lagu tersebut dapat sambutan dari peminat di negara gajah putih dan termasuk Malaysia.

Cover nyanyian lagu hari raya ini menyaksikan Khamas bersama Khalis (abang) dan Khalin (kakak) menyanyikan lagu Suasana Hari Raya nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam versi bahasa Thailand.

Suasana hari raya versi Thailand

Sebelum ini Khamas hanya tampil solo dengan lagu Selamat Hari Raya nyanyian asal Anuar Zain dan Ellina. Lagu Suasana Hari Raya ini telah diberi nafas baru dengan rentak yang lebih perlahan. Malah, lirik lagu juga diubah dalam bahasa Thailand kecuali beberapa perkataan seperti ‘Selamat hari raya’ dimana masih dikekalkan dalam bahasa Melayu.

Sumber: Khamarali Bin Daud / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?