[VIDEO] ‘Nostalgia, Permintaan Abg Sulung’ – Abang Suap Adik-Adik Sambil Menangis & Berpeluk Buat Netizen Sebak

Orang kata, air yang dicincang tidak akan putus begitulah juga dengan hubungan persaudaraan adik beradik. Walaupun sering berlaku salah faham sehingga bertikam lidah, adik beradik adalah individu yang banyak membantu sewaktu susah.

Di facebook, individu ini berkongsi video abang sulungnya mengimbau kembali nostalgia sewaktu kecil. Sebagai abang sulung, dia bertanggungjawab menjaga adik-adik semasa ibu dan ayah keluar bekerja. Tidak kisah makan bersuap, yang penting adik-adik kenyang. Sebak!

Nostalgia permintaan abang sulung

Nostalgia…Permintaan Abg Sulong

Cerita dulu-dulu kembalikn memori
7 beradik air dicincang takkan putus..hanya nyawa yang akan memisahkan..

Kasih sayang seorang abg kepada adik-adiknya
Semasa kecil makan bersuap..

Yg penting adik2 kenyang…sikit sorang sikit…(hidup susah d tinggalkn Emak & Arwah Bak,yg keluar bekerja saat itu)

Tanggungjawab d galas pada ank yg lebih tua…
Sayangnya abg kat adik2

Sedih woooooo!!…hati tisu kakak arini
(keluarga belah suamiku Azman Jelani)

Teringat pulk adik beradik sendiri nun jauh d sana…sayang juga ketat2 tau
Untuk kanda Zuraimi Bin Abd Rahman jaga ikatan adik beradik kita juga ya

Perkongsian Suzilawati Binti Abd Rahman ini mendapat hampir 10k shares dan beribu-ribu komen yang sebak melihat ikatan persaudaraan yang akrab sebegini. Dalam video yang berdurasi 01:43 minit di atas, abang sulung dilihat menyuap nasi kepada adik-adiknya yang lain. Apa yang membuatkan netizen hiba dan sebak apabila mereka saling berpelukan dan menangis. 

Sumber : Suzilawati Binti Abd Rahman

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?