[VIDEO] Pelajar Bikin Parodi Avenger Speechless Jumpa Pengarah, Dedah Kos Pembikinan. Korang Mesti Tak Percaya!

Sekumpulan pelajar Kolej Mara Seremban menjadi bualan seluruh dunia apabila video parodi trailer Avengers: Infinity War mendapat perhatian Marvel Studios dan pengarah filem itu, Joe Russo. Sehingga kini video mereka itu sudah ditonton lebih 3.9 juta kali seluruh dunia dengan 111k perkongsian!

Mereka kemudiannya dijemput ke Singapura bagi sesi tayangan perdana filem yang ditunggu-tunggu itu dan bertemu dengan pengarah berkenaan yang muncul tiba-tiba.

Dedah kos pembikinan

Pada mulanya mereka kononnya hanya dijemput untuk ditemubual krew produksi, ketika temubual berlangsung, Joe Russo muncul dari belakang set dan membuatkan mereka semua terkejut dan tidak percaya dengan kehadiran pengarah itu.

Sesi soal jawab mengenai belakang tabir pembikinan video berkenaan bermula apabila setiap daripada mereka teruja bertanyakan reaksi Joe ketika mula-mula menonton, babak kegemaran dan ‘dalang’ di sebalik parodi itu.

Paling mengejutkan, salah seorang daripada mereka mendedahkan kos sebenar untuk menghasilkan video pendek berkenaan. Memang tak disangka-sangka!

Sumber: Marvel 


Apa Kata Anda?