[VIDEO] ‘Tak Pakai Baju Perempuan & Make up Tapi Still Saya Kena Tumbuk’- Lihat Pengacara ‘Sekolahkan’ Faiz Roslan

Ternyata tindakan Faiz Roslan dan rakan-rakannya memuat naik video ‘berahi’ di laman sosial media telah mendapat kecaman dari netizen. Lebih-lebih lagi bila video itu dikongsi ketika bulan ramadhan. Isu itu turut menaikkan kemarahan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Terbaru, tular pula di Twitter apabila giliran pengacara program Motif Viral, Haze pula meluahkan pendapat serta nasihatnya pada Faiz Roslan dan rakan-rakannya. Kami setuju dengan Haze!

Pengacara luah pendapat, nasihat untuk Faiz Roslan dan rakan-rakan

 

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi klip video diamana pengacara rancangan Motif Viral telah luahkan pendapatnya serta persepsi orang ramai mengenai lelaki mempunya perwatakan lembut. Katanya zaman sudah berubah, pemikiran netizen sudah makin terbuka tetapi jika Faiz Roslan membuat video seperti itu pada zaman dahulu, mungkin perkara tak diingini akan terjadi kepada Faiz dan rakan-rakannya.

Video diatas telah mendapat lebih 11k perkongsian di Twitter dan ramai bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pengacara itu.

Video penuh interview

Sumber: YouTube Thinker Studios / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?