[VIDEO] Terlalu Sebak, Ziana Zain Menangis Ketika Persembahan

Malam tadi telah berlangsungnya Mood Republic Awards Gala Night di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur dan dihadiri ramai rakan artis. Majlis anugerah yang bertujuan meraikan usahawan-usahawan dalam kalangan selebriti ini nampaknya diadakan dalam suasana yang cukup meriah.

Seperti biasa, pasti ada persembahan menarik daripada artis-artis jemputan. Yang paling mendapat perhatian adalah nyanyian Ziana Zain dimana beliau kelihatan sangat sedih dan menitiskan air mata.

I think she’s sad – Fathia Latiff

Video yang dimuat naik Fathia Latiff di Instagram Storynya ini menunjukkan Ziana Zain cukup sedih sehingga mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu Puncak Kasih. mStar Online melaporkan, meskipun suasana pilu tetamu yang hadir tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

Ziana Zain membalas,

Saya kuat dan terima kasih atas sokongan semua.

Bukan senang menjadi seorang public figure. Walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan.

Menurut Mstar lagi, selesai persembahan Ziana Zain terus meninggalkan majlis mungkin kerana enggan dilontar pelbagai pertanyaan daripada media.

Sumber : mStar Online , Fathia Latiff

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?