[VIDEO] Tumpahkan Kopi, Lihat Tindakan Spontan PM Belanda Ini. YB Kita Boleh Ke Buat?

Perdana menteri adalah antara pemimpin tertinggi negara. Menjadi orang nombor satu dalam sesebuah negara membuatkan seseorang perdana menteri itu dipandang mempunyai status dan kedudukannya yang tersendiri.

Tindakan spontan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte setelah satu insiden membuatkan ramai netizen kagum dan tertanya-tanya adakah wakil rakyat kita pun akan turut berbuat benda sama.

Bersihkan sendiri kopi tumpah

Dalam satu video, Mark dilihat memasuki bangunan dipercayai pejabatnya sambil membawa secawan kopi. Malangnya kopi berkenaan tumpah ketika melalui pintu keselamatan. Tanpa berfikir panjang Mark ‘merampas’ mop dari pekerja pembersihan dan melakukannya sendiri.

Beberapa orang staf kemudiannya dilihat bertepuk dan dan bersorak apabila melihat tindakan terpuji Mark itu. Lelaki itu dilihat turut tergelak apabila disorak sedemikian rupa.

Malahan mereka sempat mengajar Mark menggunakan mop dengan betul di akhir video. Memang sporting habis!

Sumber: Durianne  / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?