Viral Lelaki Miripnya, Lihat ‘Taktik Licik’ KJ Mahu Ponteng Sidang Dewan Rakyat

 

Semalam viral di laman sosial seorang lelaki awal 20-an yang dikatakan mempunyai wajah mirip bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ). Video jejaka itu kemudiannya turut dikongsi oleh KJ di laman Twitter.

VIDEO:

KJ kemudiannya dilihat meninggalkan komen kelakar berkenaan persamaan mereka dan ‘rancangannya’ yang mungkin berguna di masa depan.

Tolong cari jejak tampan ini…

KJ secara bergurau meminta jejaka iras wajahnya itu dicari untuk menggantikan dirinya sebagai Ahli Parlimen Rembau di dewan rakyat. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebelum ini meluah rasa tidak puas hati dengan kehadiran anggota Kabinet dan timbalan mereka di Dewan Rakyat.

Lelaki berkenaan yang bernama Syafiq Khairil aktif bersukan seperti yang boleh dilihat di laman Instagramnya dan dikatakan pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Harap dia tak keluar dewan

Strategi menarik

Netizen meninggalkan komen mengatakan ‘strategi’ KJ itu sesuatu yang ‘menarik’ dan ‘percubaan yang bagus’ untuk cuba ponteng dari hadir ke dewan.

Netizen akui persamaan

Sumber: era.jer, Khairy Jamaluddin / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?