‘Soalan Adik Yang Nazak Sangat Akak Baca’ – Ardell Aryana Jawab Soalan ‘Merepek’ Netizen

Desas desus sebelum ini ada mengatakan pelakon Ardell Aryana kini sedang menghidap penyakit. Ardell Aryana bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri namun sering berkongsi beberapa perkongsian di akaun Instagram miliknya seolah sedang diuji. Keluarga dan peminat tidak putus-putus mengirimkan doa dan kata semangat buat Ardell Aryana mengharungi ujian ini.

Pelakon ini juga menerima beberapa soalan ‘merepak’ dari netizen. Lihat jawapan Ardell Aryana terhadap lima soalan ‘merepek’ netizen ini.

Rasa kecil sangat dugaan kita

Ramai yang DM & EMAIL saya.

Soalan mereka: 1) macam mana untuk sentiasa happy walau hakikatnya bertentangan ?

Jawapan: Apa bila kita membahagiakan orang lain secara spontan kita juga terlihat bahagia & happy.

2) macam mana boleh jadi sekuat ini ??

Jawapan: Kekuatan kita hanya pinjaman, nak kata kuat kita semua manusia biasa kadang kental kadang rapuh (tapi saya tetap pilih untuk jadi wanita BESI)

3) Apa akak buat bila rasa sedih down ???

Jawapan: Bila saya rasa macam tu, 1 je saya fikir… jika kita merasa apa ujian kita lalui terlalu perih & sukar (lihat la manusia lain di negara perang yang lebih perih ujian dari kita ) sampai rasa kecil sangat dugaan kita.

Pandai-pandai je cakap hidup tak lama

4) Bila tahu tak sihat, tak dapat hidup lama apa akak buat ????

Jawapan: Ajal maut bukan di tangan kita dik, bukan sebab Penyakit je boleh meninggal.. orang sihat pun boleh meninggal, sakit biasa-biasa pun boleh meninggal. Jangan la tanya soalan camni ok (akak tak nazak, soalan adik yang nazak sangat akak baca. Pandai-pandai je cakap hidup tak lama).

5) Agak-agak Akak merasa ke tak untuk rasa cinta manusia yakni berkahwin, kalau akak ada someone nanti berkahwin akak tak rasa membebankan dia ke, tak kesian ke kat suami nanti???

Jawapan: kalau ajal je di tangan Tuhan inikan pula jodoh, dik. Kalau Tuhan kata panjang umur panjanglah jodoh (ada la jodoh dunia) kalau takde maka takde la. Entah lah jawapan last ni susah sikit, sebab kalau nak kata kesian bukan jodoh je.. (saya punya kakak kandung sendiri terpaksa amik cuti 4 bulan di tempat keje dihospitalnya hanya kerana untuk menjaga saya di rumah, dan bawa saya kesana kemari bekerja, menjahit, memasak, shopping, berjalan..

Saya ok je bukannya sakit apa sangat tapi akak risau & saya masih ada kaki untuk berjalan ok) itu pun kadang rase menyusahkan, tapi ape saya perlu buat untuk tak menyusahkan orang? BANGKIT la… teruskan hidup macam biasa, keluar, kerja, buat itu buat ini.. apa yang saya rasa saya suka just do it. Kalau penat berhenti, jangan push diri. Kalau boleh just buat tanpa tapi atau nanti. Dah namanya dunia ni pentas ujian, maka hadapi dengan tenang. Paksa diri jadi hebat di mata orang yang sayangi kita. Goodnight.

Betapa wanita itu hebat..

Betapa wanita itu hebat. Kerana sehebat apa pun ujian yang ia lalui , walau ia tahu risiko diri nya apa ( ia tetap perjuangkan hidup yang bersisa kan sedikit kekuatan yang dipinjamkan ) ????????. Andai takdir perjuangan nya hanya tertakdir hanya sampai disitu maka , itu lah yang terbaik . Full music video coming soon inshaallah ????. #kekasihHalimAhmad

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Sumber: Ardell Aryana / Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?