[VIDEO] Gara-Gara Menunggu 30 Jam Di Bilik Bersalin Tanpa Tanda Mahu Melahirkan, Wanita Dan Staf Hospital Buat Keputusan Untuk Berseronok Seketika

Alicia Exantuz adalah seorang ibu yang bakal melahirkan. Bagaimanapun, dia mengalami sedikit permasalahan apabila bayinya tidak kelihatan seperti ‘sudah bersedia’ untuk keluar melihat dunia. Setelah berada dalam bilik bersalin selama 30 jam, Alicia memutuskan untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan iaitu menari.

Di hospital Manatee Memorial yang terletak di Bradenton, Florida di mana Alicia berada untuk melahirkan bayinya, ibu yang sarat ini telah melakukan sesuatu yang sangat epik dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ibu sebelum ini.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Alicia sedang bergembira menari sambil disertai oleh beberapa orang jururawat di hospital tersebut. Setelah melakukan tarian tersebut, Alicia akhirnya dikatakan selamat melahirkan bayi sulungnya dan dia turut sempat mengucapkan terima kasih kepada semua jururawat.

“Mereka adalah adiwira sebenar dan membuatkan pengalaman ini satu pengalaman yang menakjubkan.”

Pada hakikatnya, wanita yang sedang sarat mengandung digalakkan untuk melakukan senaman tertentu seperti menari kerana ia boleh mendatangkan pelbagai manfaat. Antaranya:

  • Memperbaiki postur badan dan mengurangkan sakit belakang
  • Meningkatkan mood kerana senaman menghasilkan hormon endorfin yang menyebabkan kita berada gembira dan sihat
  • Membantu tidur dengan lebih lena memandangkan tubuh menggunakan banyak tenaga semasa senaman dan perlu rehat yang mencukupi
  • Membantu menangani tekanan dan menangani sembelit
  • Persediaan sebelum melahirkan bayi kerana senaman mampu menenangkan pelvis
  • Membekal oksigen kepada bayi
  • Proses penyembuhan selepas melahirkan menjadi cepat
  • Meningkatkan tenaga
  • Membentuk jalinan hubungan bersama orang lain terutamanya bersama sekumpulan ibu-ibu mengandung
  • Mengawal berat badan

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : BLes Inspirador via EraBaru

 


Apa Kata Anda?