“Aku Gelak Sampai Ngalir Air Mata Aku”- Hampir 1 Juta Tontonan, Video ‘Happy Sampai Semput’ Janna & Alvin Bikin Netizen Terhibur

 Pasti ramai yang pernah melihat lakonan dua pelakon kacak dan cantik ini, Alvin Chong dan Janna Nick yang sememangnya mempunyai drama-drama lakonan yang menarik hati penonton.

Sebelum ini, netizen terhibur melihat video daripada aplikasi Tik Tok yang dikongsi Janna menerusi laman Instagram miliknya.

Namun terbaru pula melalui laman Instagram milik rakan satu industri yang sama iaitu Alvin ini, beliau memuat naik video dengan menulis kapsyen “there is nothing that can bring us down. Because we are full of positive energy! happy sampai semput!..”

Malah menerusi tulisan posting Alvin juga, pelakon kacak ini mengucapkan selamat hari jadi buat Janna. Namun apa yang menarik penonton terhibur adalah melihat gelagat ketawa mereka itu.

Video dimuat naik oleh Alvin…

There is nothing that can bring us down. Because we are full of positive energy! Happy sampai semput! ???????? Happy birthday to @jannanick ! Tag kawan2 yg masuk air kt comment bawah!

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) on

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Alvin dan Janna ini sehingga mendapat hampir 1 juta tontonan. Video ini sangat lawak kerana mereka ketawa dengan berlatarkan muzik yang kelakar sehingga ada yang ketawa sampai menangis.

Gembira sampai semput!

Hahaha…

Duk gelak tak berhenti…

Sumber: Alvin Chong / ceritadunia.org


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Aku Gelak Sampai Ngalir Air Mata Aku”- Hampir 1 Juta Tontonan, Video ‘Happy Sampai Semput’ Janna & Alvin Bikin Netizen Terhibur – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.