‘Aww nak nangis…’ – Ibarat adik-beradik, persahabatan Fasha & Fazura jadi perhatian

Jika sebelum ini pelakon Fasha Sandha mendedahkan bahawa rakannya Nur Fazura sering menghadiahkan baru raya pada setiap Syawal, namun kali ini mereka sempat meluangkan masa untuk berjumpa.

Terbaru, mereka yang telah bersahabat selama 14 tahun itu telah berkesempatan untuk bertemu antara satu sama lain di sebuah acara iaitu Mood Republik, baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua itu telah hadir memberi sokongan buat isteri kepada Fattah Amin di acara tersebut dengan berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya.

Cantik macam patung Mrs Fattah ni… haihhh . . . @missfazura

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rakaman video berdurasi 11 saat itu kelihatan mereka berdua sangat teruja setelah sekian lama tidak berjumpa serta saling membalas ciuman di pipi masing-masing.

Melihat kemesraan kepada kedua-dua pelakon jelita berkenaan, rata-rata para peminat memuji kecantikan yang dimiliki oleh mereka ibarat pasangan kembar serta mengagumi persahabatan yang telah dibina selama ini.

Cantiknya dua-dua!

Suka tengok persahabatan korang!

Muka pun seiras…

Sukanya dapat jumpa kawan baik!

Macam adik-beradik pun ada…

Sumber : Fasha Sandha / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?