Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah 1 Mei lalu

KUALA LUMPUR 4 Mei – Personaliti terkenal tanah air yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.

Bismillahirrahmanirrahim. Dikesempatan ini saya mengumumkan pada 1 May lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H jatuh pada hari Nisfu Syaaban, saya telah selamat diijabkabulkan bersama sahabat yang dikenali sejak 20 tahun lalu dan hanya menjalinkan hubungan rapat setahun lepas • Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’ ???? Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan • Majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa saya. Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua • Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan • Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua • Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan2 media terlebih dahulu mahupun sahabat handai • Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti • Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan • Akhir kata, tiada siapa yang lebih pakar, lebih pintar, lebih arif, lebih mahir dalam masa depan seseorang. Terimalah ketentuan jodoh seperti yang telah ditentukan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui. Assalammualaikum ???????? ????????

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz di sini.

Menurut Azrinaz, keputusan memilih untuk menamatkan zaman janda dengan Fairos dibuat selepas beliau yakin dengan suaminya yang sangat memahami rentak kehidupan dan kehendaknya.

Dalam masa sama, Azrinaz berkata, pernikahan kali ini bukan didorong oleh perasaan ingin mencari kekayaan semata-mata.

“Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, meneman, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini di kala susah senang, suka duka, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua,” kata Azrinaz kepada Utusan Online sebentar tadi. 

Azrinaz turut memuat naik kenyataan dan foto pernikahannya dengan Fairos dalam laman sosial Instagram beberapa minit lalu.

Menurut Azrinaz, beliau memohon maaf kepada semua pihak termasuk media kerana tidak berkongsi lebih awal berita pernikahannya.

Bismillahirrahmanirrahim Ini kali jadilah

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on

“Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.

“Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumah tangga nanti. 

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa dua bulan,” ujar Azrinaz yang juga bekas wartawan penyiaran di stesen televisyen TV3.

Azrinaz dan Fairos  dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan, Hakim Azhar Mohammad Johar.

Azrinaz yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 pada 23 September ini pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei selama lima tahun.

Beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin pada 2005 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan sepasang cahaya mata Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12,  dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10. – UTUSAN ONLINE


Apa Kata Anda?