Beri pendapat padu tentang mentaliti rakyat, rupa-rupanya Erma Fatima ciplak karya tulisan warga FB?

Kehangatan parti Pakatan Harapan (PH) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih menjadi bualan pelbagai lapisan umur rakyat Malaysia. Namun bagi pengarah dan pelakon Erma Fatima, dia mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai perkara tersebut.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, pelakon drama bersiri Mak Cun itu berkongsi pandangan bahawa terdapat segelintir individu terlalu bergantung kepada perubahan yang dilakukan kerajaan baharu namun masih tiada usaha bagi memperbaiki cara hidup dalam hidup bermasyarakat.

Sedarlah wahai bangsaku!

Menurut Erma, tiada guna sekiranya kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur namun majoriti mentaliti dan cara pemikiran masyarakat masih di takuk lama.

Tak guna kalau…

Kalau kau tak reti…

Walau bagaimanapun, posting dimuat naik pada petang tadi yang mendapat pujian ramai itu telah dipadam beberapa jam kemudian dari laman Instagram miliknya.

Namun hasil carian OMM, kapsyen Erma yang disifatkan membuka mata dan minda pengikutnya itu merupakan hasil tulisan seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang penulis, Khairul Abdullah.

Lepas tahu, baru buat ‘hashtag’?

Bila luah, kena kecam pulak?

Sumber : Khairul Abdullah , Erma Fatima

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?