Dah tak single lagi. Sherry Alhadad temui jodoh lelaki Bangkok di set

Pelakon Sherry Alhadad telah dipillih dalam menjayakan muzik video Hajat, nyayian Hael Husaini. Sebelum ini, beliau tidak mendedahkan situasi ‘behind the scene’ yang kononnya ingin memberi kejutan buat peminat Hael.

Namun, sebaik saja lagu tersebut dilancarkan, beliau sering memuat naik gambar dan video di sekitar penggambaran muzik video tersebut malah tidak cukup dengan itu, beliau turut berkongsi gambar seorang jejaka misteri yang dikatakan teman lelaki barunya.

Menerusi Insta Story pengacara itu, beliau telah mengeluarkan kenyataan telah bertemu jodohnya itu ketika menjalani penggambaran muzik video Hajat. Lelaki yang tidak diketahui namanya itu merupakan seorang jurukamera yang dikatakan berasal dari Bangkok, Thailand.

Macam mana ni dah jatuh cinta…

Menerusi video pendek di Insta Story, Sherry telah memuat naik kapsyen pada video tersebut yang berbunyi “Hajat bertemu jodoh jumpa kat Bangkok. Jom pergi Bangkok balik” sambuil memandang tepat ke arah lelaki berbaju putih yang sedang sibuk dengan mengendalikan kameranya itu.

VIDEO:

Sherry dah jumpa jodoh dia…

Lebih mengejutkan lagi, video pendek itu menunjukkan Sherry yang hanya berdiam saja seakan bersetuju dengan apa dikatakan oleh rakannya yang kononnya dia sudah bertemu jodoh di set penggambaran.

VIDEO:

Itulah jodoh Sherry…

VIDEO:

Sumber : Sherry Alhadad / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?