Dato’ Siti Nurhaliza Umum Nama Si Comel Pipi Merah. Seindah Nama, Secantik Tuannya!

Diam tak diam, sudah genap seminggu penyanyi kesayangan negara, Dato’ Siti Nurhaliza melahirkan puteri sulungnya. Setelah kelahiran zuriat yang ditunggu-tunggu ini, Siti mengatakan dia sekeluarga hanya akan mengumumkan nama buah hatinya itu setelah seminggu sebagai mengikut sunnah Nabi SAW.

Malam yang diadakan pada malam Ahad itu turut diadakan serentak dengan majlis maulid nabi, tahnik dan aqiqah yang disiarkan secara langsung menerusi Youtube Siti Official Video.

Tiba masa perkenal nama Si Comel Pipi Merah

Menurut Siti menerusi Instagramnya, masa untuk memperkenalkan anak mereka kepada peminat yang tertunggu-tunggu sebelum ini telah sampai waktunya. Sebelum ini cahaya mata itu diberi gelaran Fatimah Az-Zahra bersempena nama anak Rasulullah.

Assalamualaikum, saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

Siti Aafiyah jadi pilihan

Siti dan Dato’ K mengumumkan anak mereka dinamakan Siti Aafiyah binti Khalid yang memberi maksud segala-galanya yang baik. Menurut Siti, nama itu diilhamkan ketika mereka suami isteri di Tanah Suci Mekah dan sepakat memilih nama itu.

Teaser sebelum pengumuman dibuat

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sumber: Siti Nurhaliza , Siti Official Video

Kredit; Ohbulan


Apa Kata Anda?