“Dia lamar saya kahwin masa lepak kedai mamak…” – Atikah Suhaime dedah sikap sempoi Awie Rafael

Mungkin ramai yang sedia maklum, pasangan selebriti iaitu Atikah Suhaime dan Awi Rafael telah selamat mengikat tali pertunangan di Singapura pada bulan lalu.

Walau bagaimanapun menurut laporan Astro Gempak, keputusan untuk mengakhiri zaman bujang muncul ketika mereka berdua sedang melepak di sebuah restoran mamak sekitar hujung tahun lalu.

Warkop and bananas. ????????Teh Tarik harus ada kerna aku Melayu ????????

A post shared by AtikahSuhaime???????? (@therealatikahsuhaime) on

Atikah berkata, ketika itu mereka hanya bercerita soal jodoh namun tiba-tiba penyanyi lagu Pulanglah itu terus melamar dia untuk dijadikan isteri.

Tambah pelakon filem Pencuri Hati Mr Cinderella itu, Awi merupakan individu yang paling akrab dengan keluarganya sejak mereka mula berkenalan namun hubungan itu sekadar ‘abang dan adik angkat’ dan tidak lebih daripada itu.

Pasangan penyanyi dan pelakon itu juga dikatakan telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 serta mula menjadi rapat sejak enam bulan lalu.

Sumber : Astro Gempak

Kredit; Ohmymedia

 
 
 


Apa Kata Anda?

1 Trackback / Pingback

  1. “Dia lamar saya kahwin masa lepak kedai mamak…” – Atikah Suhaime dedah sikap sempoi Awie Rafael – Berita Vral – Citer Viral dan Unik

Comments are closed.