“Dia tahu saya di sana. Dia berasa saya memegang tangannya. Itu perkara penting buat saya,” – Diana Danielle! Biarpun kelibatnya tidak kelihatan sejak suaminya ditahan reman, Datin Diana Dianelle yakin Farid ‘merasai’ sokongannya.

KUALA LUMPUR – Biarpun kelibatnya tidak kelihatan sejak suaminya, Datuk Farid Kamil ditahan reman empat hari lalu, pelakon Datin Diana Dianelle yakin Farid ‘merasai’ sokongannya.

Diana, 27, menulis dalam laman Instagramnya mengatakan Farid juga tahu dia sentiasa berada di sisinya.

“Jangan tanya mengapa anda tidak melihat saya. Dia (Farid) melihat saya.

“Dia tahu saya di sana. Dia berasa saya memegang tangannya. Itu perkara penting buat saya,” tulisnya dalam kapsyen berbahasa Inggeris yang dimuat naik sekitar pukul 8.15 malam tadi.

Terdahulu, Diana memaklumkan tidak akan melawat suaminya yang ditahan reman atau hadir ke mahkamah kerana menyerahkan segala yang berlaku kepada undang-undang.

Hari ini, tempoh reman terhadap Farid yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor dilanjutkan sehari lagi sehingga Selasa.

Sebelum Ini Juga Datin Diana Danielle dalam akaun Instagramnya menyatakan bahawa suaminya itu, tidak pernah sekali pun mengasarinya.

“Pertamanya, terima kasih atas sokongan yang diberikan semua berikan kepada saya dan suami. Keduanya, suami saya tidak pernah walau sekali pun mengasari saya,” tulis Diana Danielle.

“Saya tetap berdiri di belakang suami saya dan kami akan berusaha untuk memperbaiki keadaan. Buat masa ini, saya tidak akan menjawab sebarang persoalan lain kerana ianya tidak perlu,” tambahnya.

– K! ONLINE

Dalam Pada Itu, Datuk Farid Kamil memberi reaksi positif dan menjelaskan keadaan kesihatannya baik-baik sahaja selepas ditahan reman selama empat hari.

“Kesihatan saya Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah, ” kata Farid sambil tersenyum.

Ditemui media di Mahkamah Petaling Jaya selepas tempoh remannya ditambah satu hari lagi, aktor filem Pinjamkan Hatiku itu juga tersenyum dan sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang memberi sokongan dan doa kepadanya.

Ditanya tentang prosedur seterusnya, Farid berkata dia bersedia menurut perintah mahkamah dan polis.

“Terima kasih semua sebab doakan saya,” katanya sebelum masuk ke dalam kenderaan polis dan dibawa keluar dari pekarangan mahkamah.

Sementara itu, adiknya Fadzil Bahari Zahari pula menjelaskan tahap emosi Farid hari ini jauh lebih tenang fizikal dan mental berbanding keadaan ketika mula direman empat hari lalu.

“Saya berasa gembira dan sangat lega dengan perubahan Farid.

“Seboleh-bolehnya kami sekeluarga harap dia dibebaskan hari ini, tetapi kami kena beri kerjasama kepada pihak polis.

“Buat masa ini, siasatan berhubung tuduhan jenayah telah selesai, tinggal lagi bab narkotik,” beritahu Fadzil ketika mengulas terhadap perintah lanjutan reman terhadap abangnya.

Dalam pada itu, Fadzil mewakili ahli keluarga Farid memohon maaf kepada individu termasuk anggota polis yang terlibat dalam insiden kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara, pada 11 Januari Khamis lalu.

Sumber : Kosmo


Apa Kata Anda?