Dikatakan hidap buah pinggang & masalah jantung, Fendy Bakry masuk hospital lagi

Peminat setia drama Mr Grey pasti mengetahui tentang perkembangan kesihatan hero utamanya, Fendy Bakry. Difahamkan pelakon tinggi lampai itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung, namun dilaporkan semakin pulih pada awal Mei lalu.

Walau bagaimanapun menurut laporan Utusan Online, pelakon berusia 30 tahun itu sekali lagi dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan setelah tahap kesihatannya dikhabarkan kembali merosot serta membimbangkan.

Pelakon Hairi Safwan yang juga rakannya ketika dihubungi berkata, Fendy kini ditempatkan di sebuah wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan finalis Hero Remaja 2012 itu, dia berkata doktor tidak membenarkan mereka berkongsi maklumat mengenai keadaannya bagi menjaga privasi.

Dia turut memohon semua pihak supaya mendoakan pelakon yang berasal dari Kangar, Perlis itu kembali sembuh daripada segala jenis penyakit.

Sebelum ini, beberapa akhbar tempatan melaporkan Fendy dimasukkan ke hospital kerana mengalami penyakit misteri pada awal Mac lalu.

Sumber : Utusan Online / Ohmymedia


Apa Kata Anda?