Elfira Loy sudah jumpa pengganti, Sufian Suhaimi sindir bekas tunangnya itu di Twitter?

Kontroversi kisah putus tunang antara pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Boleh dikatakan sangat sedih, apatah lagi perpisahan mereka berlaku kurang sebulan daripada tarikh perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini.

Disaat Sufian berusaha untuk ‘move on’, tetapi lain pula cerita mengenai Elfira, apabila dia sudah menemui penggantinya. Terbaru, seorang jejaka yang telah ‘mencuri’ hati Elfira dikenali sebagai Nabil Aqil telah memuat naik sebuah gambar bersama Elfira denga kapsyen berbentuk love menjadi tanda tanya netizen tentang hubungan mereka berdua.

Gambar yang dimuat naik Nabil.

????

A post shared by nabil aqil (@kidkylo) on

Menerusi gambar yang dimuat naik Nabil yang juga merupakan finalis Hero Remaja 2017 dan turut menghiasai kaca TV menerusi drama Mr Grey baru-baru ini, gambar tersebut telah mendapat hampir 40,000 likes dan ribuan komen dari netizen.

Mereka juga telah meninggalkan komen dengan cara ‘mengusik’ Sufian dan ada segelintir dari mereka memberikan pandangan bahawa Elfira dan Nabil kelihatan sepadan.

Netizen ‘mengusik’ Sufian.

Lepas ni Sufian buat lagu baru.

Macam ada iras-iras.

Status yang dimuat naik Nabil di IG Story.

Tidak hanya memuat naik gambar di akaun Instagramnya, Nabil juga telah memuat naik status di Instagram Storiesnya itu.

Status yang dimuat naik Sufian.

Walau bagaimanapun, menerusi akaun Twitter Sufian, beliau telah memuat naik status yang dikatakan berbaur sindiran kepada seseorang. Tidak pasti maksud sebenar status tersebut ditujukan kepada siapa, namun ada yang menganggap ia mungkin ada kaitan dengan kisah percintaan baharu bekas tunangnya itu.

Sumber : Nabil, Sufian / Ohmymedia


Apa Kata Anda?