Fasha Buat Surat Terbuka Buat Future Husband, Bukan Main Ramai Nak Masuk Jarum!

Beberapa hari lalu pelakon lelaki, Saharul Ridzwan ada membuat surat terbuka buat isteri tercinta di akaun Instagramnya. Kali ini pelakon cantik dan popular, Fasha Sandha pula membuat surat terbuka di Instagram.

Apa yang menariknya tentang surat terbuka Fasha ini adalah merupakan surat yang ditujukan kepada bakal suaminya walaupun dia masih tidak tahu siapakah gerangan yang bakal menjadi imamnya itu.

Menerusi kapsyen Fasha pada surat terbukanya itu terdapat hashtagnya yang tertulis ‘just for fun’ dan ‘jangansibuknakkecam’. Ini bermakna surat ini hanya untuk suka-suka dan dia berharap tiada pihak yang mengambil serius sehingga melemparkan kecaman terhadap dirinya.

“Surat terbuka untuk my Future Husband ☺

Walaupun tak tau siapa orangnya, Allah yang akan tentukan,

Kepada yang dah isi borang dan akan isi borang silakan baca ni awal2 ok ???? ???? #sendasubuh #repost #janganserioussangat #jangansibuknakkecam #justforfun,” tulis Fasha.

Wah nampaknya ramai juga kaum adam yang nak cuba masuk jarum. Penuh ruangan komen Fasha dengan komen daripada mereka.

muradsinclairr: @fashasandha pm tepi k.. den berminat.. ????

jalal_ali17: Semoga dipermudahkan bertemu jodoh dgn org yg baik… Ada borang kosong utk sy isi???…. Hihihi

ijal_solo: Maseh ada borang ke?????????

abdellaelaelaelaeheh: Di mana nak dapatkan borang borang rasmi?

Lucu betul la dorang ni semua, terhibur MH baca komen dorang nak try Fasha. Apapun MH doakan Fasha bertemu jodoh dengan orang yang dapat membimbing Fasha menjadi seorang isteri yang solehah.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Apa Kata Anda

Sumber: Media Hiburan


Apa Kata Anda?