[GAMBAR] Lindsay Lohan Bertudung Di London Modest Fashion Week

Tidak pasti apakah status agama yang dianuti oleh pelakon Hollywood terkenal, Lindsay Lohan. Namun begitu berdasarkan tinjauan kami, Lindsay dilihat telah memadam semua gambar seksinya di Instagram.

Menjadi Perhatian Di Minggu Fesyen Sopan London

Terbaru,pelakon berusia 31 tahun itu menjadi perhatian apabila tampil manis berhijab di Minggu Fesyen Sopan London di ibu kota Britain.Bukan sahaja memakai tudung tetapi beliau juga telah mengenakan pakaian seperti abaya sesuai dengan konsep dan tema acara itu. FYI! Tiket bayaran masuk ke acara ini mencecah hampir £200 (RM1,091).

Bergambar Bersama Datin Norjuma

Bukan itu sahaja, Datin Norjuma Habib Mohamed turut berada disana dan turut mengambil gambar bersama pelakon Hollywod itu. Selain Norjuma, lebih 40 pereka terkenal antarabangsa hadir antaranya Muna AbuSulayman (Arab Saudi), Sara Al Madani (Emiriah Arab Bersatu) dan ramai lagi.

Apa yang pasti, imej Lindsay yang terkini jauh lebih manis dilihat berbanding dahulu, Setuju?

Sumber : New York Post

Sumber: Hangat.com


Apa Kata Anda?