‘Guna skill lakonan yang tak seberapa..’ – ‘Acah’ tiada duit, Luqman dapat tonton Piala Dunia

Pengalaman meyaksikan sendiri kemeriahan Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung di Rusia mungkin sukar untuk dilupakan bagi pelakon, Luqman Hafidz.

Bintang utama filem Ola Bola itu boleh dikatakan bertuah apabila mendapat bantuan seorang individu bagi menonton perlawanan Argentina menentang Croatia pada awal pagi semalam.

Cerita 21/6 , proses Fifa fan ID(visa masuk stadium) , mahirkan line metro berakhir awal sbb senang ramai volunteer FIfa tlg. So decide lah nk jln2 ke stadium Argentina V Croatia. Saje2.tiket xde. . Otw dlm train jumpa 3 org Argentina, so mcm biasa sembang sembang lah ringan mulut , kalau x nnti bosan. Pertengahan Conversation. Messi : which gate are you? Aku: i hve no tickets for this game. I come to enjoy the stadium atmosphere and see the festival. And maybe, there will be a lot of ‘ulat tiket’ just like Malaysia, i can buy from them. . Dorang pun gelak2 smbil kluar kan satu tiket, dia kata “this is your luck right here”, kawan dorg x jd dtg sbb terlepas flight, drg jual harga asal tiket je, from football fans to footballs fans. 169US Dolar. . Hati aku melonjak gembira tp aku tahan, menggunakan pengalaman belakon aku yg tak seberapa, aku pun berlakon, “oh but i only have 3000 Rubbels (RM 188)” siap bukak wallet mimik muka kesian. Duit mmg aku asingkan dlm beg sikit, dlm baju sikit , dlm seluar sikit, so kalau kene curi pun aku still ada cash. . Dengan baik hatinya drg ckp , we sell to you 2000 Rubbels (RM124) , so you can spent the rest of it for food. Dengan Happy nye aku terima, dan mula lah larian aku bersama mereka ke Stadium sbb ktrg semua dah lambat. Syukur atas nikmat ini. . #ArgentinaVCroatia #worldcupgame2018 #alikemoscow

A post shared by Luke Hafidz (@luqmanhafidz10) on

“Dalam perjalanan di dalam keretapi jumpa tiga orang Argentina macam biasa sembanglah ringan mulut, kalau tak nanti bosan. Pertengahan perbualan.

Messi: Which gate are you? 

“Aku: I have no ticket for this game. I come to enjoy the stadium atmosphere and see the festival and maybe there will be a lot of ‘ulat tiket’ just like Malaysia, i can buy from them,” ujarnya.

. Larian deras menuju Stadium Nizhny Nogorod mengejar wisel perlawanan sebelum dimulakan. Mereka ni lah yg bagi tiket perlawanan tu dengan harga murah. . Tapi ini shj lah memori yg ada dengan mereka sbb lepas tu mereka semua hilang bersama larian ala Aguero mereka. Sebenarnya nak ckp pasal fitness lebih kurang je, tp sbb dorang lari dengan ‘Intention’ demi negara yg tercinta itu yg tak terkejar tu. Aku ni dtg nk tgk player je. Jelas2 dlm hati sentiasa bendera Malaysia. . Terima kasih lah pada messi , aguero dan dybala atas tiket ini, dorang ada sebut nama, tp dh lari mcm ni mmg lupa lah. Sorry kat clown x sempat selfie im late.Larian 3km ke stadium yg akan sentiasa di ingati. Syukur atas segala nikmat. . #argentinavcroatia #worldcup2018 #alikemoscow #pumamy #pumamalaysia @puma

A post shared by Luke Hafidz (@luqmanhafidz10) on

Tambah Luqman, sekumpulan penyokong itu kemudian menawarkan sekeping tiket kepunyaan rakan mereka yang terlepas penerbangan bagi menyaksikan perlawanan berkenaan.

Justeru, dia sehabis baik menggunakan pengalaman berlakon yang ada untuk memiliki tiket tersebut dengan harga yang murah.

“Diorang gelak sambil keluarkan satu tiket dia kata ini adalah tiket bertuah kerana kawan mereka tidak jadi datang sebab terlepas penerbangan.

“Diorang jual dengan harga asal tiket sahaja iaitu 169 USD sahaja. Hati aku melonjak gembira tapi aku tahan menggunakan pengalaman berlakon aku yang tak seberapa, aku pun berlakon, “oh but i only have 3000 Rubbels (RM188)” siap buka wallet mimik muka kesian.

. Pengalaman di Stadium Nizhny Nogorod, ArgentinaVCroatia. Alhamdulillah sempat kejar wisel permulaan. Mula2 dtg duduk di seat fans Argentina, tp Croatia main lagi lawa n dorang menang so tukar lah side bila akhir pelawanan.???? . Situasi mcm ni tade masalah pun nak lalang, walau aku sokong Portugal utk WC kali ni, hati jiwa dan raga sentiasa pada Malaysia, dan tade masalah pun nk sokong team lain waktu match berlangsung. Tade kaitan dgn segala lalang yg pernah terjadi ye, korang jgn serius sgt bola je pun.haha . N bab rundingan dpt tiket murah ni atas masing2, mcm aku , aku akan negotiate sampai dapat harga paling dasar, ye lah buat apa nak bayar mahal kalau boleh dapat kurang, skill ni aku belajar waktu selalu selam dekat pasar karat KL dan juga bundle. Korang boleh try. . Yg penting pemain Madrid mmg perform utk world cup kali ni, Luka Modric mmg tunjuk contoh tak perlu nak size up sgt nak jd battling midfielder. So inspired dari luka modric , nama aku kat sini jadi Luke Hafidz. Haha. Well kalau Messi, dia mmg tenang, sampai habis game dia tenang.????, syukur atas segala nikmat. . #argentinavcroatia #worldcup2018 #alikemoscow #pumamy #pumamalaysia @puma

A post shared by Luke Hafidz (@luqmanhafidz10) on

“Duit memang aku asingkan dalam beg sikit, dalam baju sikit, kalau kena curi pun aku masih ada duit,” katanya menerusi posting di laman Instagram miliknya.

Akhirnya, dia bersyukur kerana mendapat tiket tersebut dengan harga RM124 sahaja dan mereka meminta menyimpan duit selebihnya itu untuk membeli makanan.

Sumber : Luqman Hafidz / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?