‘Jangan rapat dengan dia..!’ – Intim dengan Aliff Aziz, Daiyan Trisha kena ‘warning’

Orang kata rezeki dan peluang sebagai seorang yang bergelar anak seni itu berbeza-beza. Baik penyanyi atau pelakon, ada pasang surutnya.

Mungkin itu yang dirasai oleh penyanyi Daiyan Trisha apabila namanya mula melonjak naik menerusi lakonan drama Sejuta Rasa Buat Adelia, walaupun sudah lama berkecimpung sebagai seorang selebriti.

Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. ????♡

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) on

Terbaru, gadis berusia 24 tahun itu mendedahkan bahawa dia pernah mendapat amaran daripada peminat supaya tidak terlalu rapat dengan gandingan serasi dalam drama tersebut iaitu aktor Alif Aziz, lapor HM Online.

VIDEO:

Ini kerana pelakon lelaki itu pernah mencetuskan kontroversi apabila ‘kantoi’ di kelab karaoke bersama aktres Afifah Nasir.

Walau bagaimanapun, Daiyan menganggap amaran itu sebagai jenaka memandangkan dia sendiri telah menetapkan had terhadap diri sendiri sepanjang penggambaraan drama 20 episod itu.

Tambah pelakon yang pernah membintangi telefilem Dee itu, sedia mengetahui tentang kontroversi berkenaan namun tidak mahu ia menjadi kekangan untuk menjayakan drama berkenaan.

VIDEO:

Selain itu, dia juga  tidak pernah timbul kerisauan dalam dirinya apabila mendapat tahu akan bergandingan dengan Alif dalam drama arahan Eyra Rahman itu.

Sumber : HM Online / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?