Jangan Tertipu, ‘Rocky Balboa’ Masih Hidup Dan Menumbuk!

Siapa yang tak kenal filem ‘Rocky’ yang memang hot, masa itu ramai anak muda tiba-tiba menunjukkan minat dalam sukan tinju.

Semalam, tiba-tiba sahaja media melaporkan bahawa pelakon utama filem tersebut, Sylvester Stallone,71 tahun meninggal dunia kerana kanser protat.

Berikutan itu, ramai peminat berkabung dan memberikan penghormatan terakhir buat beliau.

Bagaimanapun, Stallone segera memuat naik status di laman media sosial miliknya menafikan khabar angin tersebut.

“Tolong abaikan kebodohan ini, masih hidup, gembira dan sihat. Masih menumbuk!” tulisnya.

Please ignore this stupidity… Alive and well and happy and healthy… Still punching!

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

Difahamkan bahawa khabar angin tersebut bermula di Facebook dan tersebar ke semua laman media sosial.

Dalam pada itu, turut bersuara merupakan adik Stallone, Frank yang meluahkan kemarahan mengenai isu tersebut di Twitter.

“Khabar angin mengatakan abnag saya meninggal dunia adalah salah. Siapa yang ‘mental rosak’ boleh memikirkan perkara ini? Individu seperti ini tidak layak untuk berada dalam masyarakat,” tulisnya

Tambahnya lagi, berita tersebut juga sangat mengejutkan ibu mereka yang berusia 96 tahun.

“Saya sangat ‘protective’ terhadap abang saya dan tidak melihat isu ini sebagai kelakar. Ia juga membuatkan ibu kami yang berusia 96 tahun sangat sedih membuatkan saya lebih marah. Tak faham bagaimana minda orang berfikir,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Stallone sekali lagi memuat naik satu video dengan kapsyen seolah-olah baru kembali daripada kematian.

Sumber: IG & Twitter Sylvester Stallone

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?