“Kata tolak tawaran sebab canggah nilai Islam? Tampil seksi, netizen mohon Raja Ilya lakon filem Marvel

Semakin menjadi bualan netizen apabila dikatakan bakal membintangi filem Marvel oleh produksi Hollywood, namun pelakon Raja Ilya menghampakan penonton apabila dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

Baru-baru ini, pelakon filem Soulmate Hingga Jannah itu telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya berkongsi swafoto yang berpenampilan seksi. Wow biar betul?

“Kerja keras yang berterusan akan menghasilkan kejayaan. Kehebatan akan datang.

“Definisi sebenar senaman yang bagus bila anda benci melakukannya, tetapi anda suka menghabiskannya.

“Paksa diri sendiri sebab tiada orang lain yang akan melakukannya untuk anda!,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, gambar pemilik nama penuh Raja Ramilah Begum Raja Mohammad yang memakai ‘sport bra’ berwarna merah ketika melakukan senaman itu telah mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen dan para pengikutnya berasa terkilan dengan penampilan tersebut kerana salah satu sebab dia menolak tawaran Marvel itu adalah disebabkan ada babak yang bercanggah dengan nilai Islam.

Tolak sebab tak ikut sharat islam?

Kata bertentangan hukum islam?

Bila dah sendu…

Dah macam pelakon Hollywood…

Namun tidak kurang ada juga yang ‘adore’ dengan kesungguhan dia melakukan senaman bagi mendapatkan ‘body goals’ yang menjadi idaman ramai wanita.

Sumber inspirasi…

‘Adore’ gila dengan body you!

Sumber : Raja Ilya

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?