Kekasih terima lamaran, Baim Wong naik pelamin bulan depan

Selepas pelakon terkenal Indonesia, Randy Pangalila bakal mengakhiri zaman solonya, kini giliran Baim Wong pula melamar kekasihnya, Paula Verhoeven.

Baru tiga bulan mengenali antara satu sama lain, kejutan lamaran yang dikongsi oleh Baim di laman Instagram miliknya turut mendapat kerjasama daripada syarikat pelancongan e-dagang, booking.com.

Menurut pelakon drama Untuk Kali Terakhir itu, dia mengambil keputusan untuk melamar wanita tersebut ketika mereka sedang bercuti di Bali, Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu juga sanggup memakai kostum anak patung untuk menjayakan kejutan berkenaan demi kekasih kesayangannya.

VIDEO:

Untukmu ❤️

A post shared by baim wong (@baimwong) on

“Ada wanita suka dilamar begitu, diberi cincin, seperti babak dalam drama. Jadi saya pasti Paula juga sukakan momen sama, tapi untuk beri kelainan, saya tempah boneka mampang (kostum anak patung) dari Jakarta.

“Apabila tiba di Pantai Pandawa saya pakai sebelum datang kepadanya dan beri dia cincin,” katanya menerusi laporan hot.detik.

Walau bagaimanapun, difahamkan keluarga Baim akan merisik Paula pada 21 Julai ini dan majlis akad nikah dijangka akan berlangsung pada Ogos depan. Wow tahniah diucapkan! Tak sabar nak tengok.

Sumber : hot.detik / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?