‘Kenanglah dia sebagai lelaki baik hati Kerana Saya…’ – Luahan Terbaru Diana Danielle Merisaukan Peminatnya!????

KUALA LUMPUR: Saat pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, berdepan isu panas dakwaan mengasari anggota polis dan orang awam, Datin Diana Danielle, berharap orang ramai terus mengenang suaminya itu sebagai lelaki berbudi pekerti.

Diana sendiri mengakui, bintang J Revolusi itu lelaki yang baik dan disenangi ramai.

Pada masa sama, Diana berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan tanpa henti, ketika suaminya berdepan dugaan getir dalam hidup.

“Farid seorang yang amat disenangi. Saya berharap semua pihak akan terus mengingati beliau sebegitu.

“Apa pun, buat waktu ini, saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana mahu menyelesaikan perkara terbabit secara peribadi. Terima kasih atas sokongan semua pihak.

“Jangan risau mengenai Farid kerana beliau dikelilingi oleh mereka yang menyayangi dan memberikan sepenuh sokongan kepadanya,” kata Diana kepada BH Online ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Semalam, bintang filem Histeria itu turut hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi memberikan sokongan kepada Farid.

Tampil berbaju kurung dan berwajah polos, Diana juga kelihatan tenang ketika meninggalkan pekarangan mahkamah.

Sebelum ini, Farid ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Dalam prosiding semalam, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, selain berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara.

Mahkamah membenarkan Farid diikat jamin RM12,000 untuk semua pertuduhan itu dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Drama lakonan Farid jadi ‘trending’!

Dalam Pada Itu, Kontroversi membabitkan Datuk Farid Kamil Zahari, 37, meninggalkan kesan terhadap naskhah lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu, apabila episod pertama drama bersiri itu, kelmarin, menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter.

Nyata, isu panas yang membelenggu pengarah dan pelakon terbabit, sejak Khamis lalu, tidak memadamkan hasrat penonton untuk mengikuti drama rantaian arahan Along Kamaluddin itu.

Di bawah tanda pagar #lafazkankalimahcintamu, drama adaptasi novel yang sarat elemen cinta itu berada di tempat pertama dalam senarai sohor kini di Malaysia, pada 15 Januari lalu.

Dalam drama berkenaan, Farid yang membawakan watak Tengku Ryan Amir bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah. Turut berlakon ialah Nadiyah Shahab, Liza Abdullah, Azri Iskandar, Adibah Noor dan Azhar Sulaiman.

Ia berkisar mengenai seorang gadis, Tengku Aqilah, yang disisihkan bapanya sendiri kerana dikatakan menjadi punca kematian ibunya dan kemudian dihantar belajar ke luar negara.

Selepas kembali ke tanah air dan bekerja dalam syarikat keluarga usai pengajian, gadis itu terus berdepan kebencian, termasuk oleh kakaknya sendiri dan seorang lelaki bernama Tengku Ryan Amir.

Lafazkan Kalimah Cintamu mula ditayangkan pada 15 Januari lalu di sebuah saluran berbayar, jam 10 malam.

Semalam, Farid yang juga suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM12,000 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas ditahan reman selama lima hari.

Pada Khamis minggu lalu, bintang Tombiruo: Penunggu Rimba dan J Revolusi itu ditahan apabila mencetuskan kekecohan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Sumber : Beritaharian


Apa Kata Anda?