“Kerusi saya boleh pacak!..” – Ardell Aryana gembira dapat kerusi roda baru

Sebelum ini pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin telah menjadi bualan ramai apabila beliau memuat naik sebuah video kelihatan duduk atas kerusi roda di akaun Instagram miliknya.

Namun, rakannya baiknya Nadzmi Adhwa telah membongkar rahsia pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu didakwa sedang menderita penyakit kanser.

Baru-baru ini pelakon berusia 28 tahun itu ada berkongsi beberapa video di Insta Story yang kelihatan adiknya telah memberi sebuah kerusi roda bagi memudahkan urusan temujanji bersama doktor.

VIDEO:

Siap ada tali pinggang lagi!

Kerusi roda boleh willy!

Menerusi video tersebut, Ardell atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ngah dalam kalangan keluarga mereka kelihatan gembira dengan hadiah tersebut.

Bukan itu sahaja, pelakon comel itu turut berjanji kepada peminatnya bahawa dia akan meneruskan perjuangan untuk berjalan.

VIDEO:

Terima kasih kak ngah!

Gembiranya saya!

Malah, Ardel turut memberitahu bahawa kerusi roda yang sekarang lebih selesa berbanding sebelum ini kerana dapat menyokong bahagian tulang belakangnya.

VIDEO:

Sumber : Ardell Aryana  / Omymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady


Apa Kata Anda?