“Kesian datin, punya la dia nak sorok aurat…” – Netizen dakwa Aliff Syukri sengaja dedah aurat isteri

Walaupun seringkali dilabel sebagai seorang yang riak serta gemar menunjuk-nunjuk, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri tidak melupakan kasih sayang terhadap isterinya, Datin Seri Nur Shahida dan anak-anaknya.

Namun baru-baru ini, pelakon utama filem Badang itu ada memuat naik video di laman Instagram miliknya dengan melakukan ‘count on me challenge’ bersama isterinya yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan.

hari2 sy tmbah syg kat awak.. bkn sebb rupa awak tp sbb hati awk ???????? @shahidadherbs

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Setiap hari perasaan sayang saya pada awak semakin bertambah. Tetapi bukan kerana rupa, namun disebabkan hati awak…,” katanya menerusi kapsyen.

Rakaman video berdurasi kurang seminit itu mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata mengatakan pasangan yang telah dikurniakan tiga cahaya mata itu sangat comel dan ‘sweet’!.

Comelnyaa!

Semoga bahagia dunia akhirat…

Bersemut diaorang ni…

Walau bagaimanapun, tidak kurang ada juga netizen yang mempersoalkan mengenai aurat isterinya apabila ramai yang perasan Datin Shahida seolah-olah ingin mengelakkan auratnya terdedah kepada umum.

Menurut beberapa komen, mereka berasa kasihan dengan isterinya apabila cuba menyorok lengan dengan sebaik mungkin kerana ingin melayan suaminya.

Harap Dato’ sedar nanti…

Kesian isteri, punya la sorok aurat…

Harap lebih sensitif…

Delete ye Dato?

Namun mungkin Aliff tidak berniat dan tidak sengaja untuk mendedahkan aurat isterinya kerana sekadar mahu berkongsi detik istimewa melakukan ‘count on me challenge’ itu dengan pengikutnya di laman Instagram.

Sumber : Aliff Syukri 

Kredit; Ohmymedia


Apa Kata Anda?