
Malam tadi, penyampai berita terkenal Izwan Azir Saleh telah mengejutkan orang ramai terutama bagi penonton setia Buletin Utama apabila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.
Keputusan tersebut dibuat setelah 16 tahun berkhidmat untuk stesen televisyen swasta, TV3 yang pasti meninggalkan memori dan kenangan bagi warga bilik berita Media Prima Berhad.
Namun ternyata Izwan bukan meninggalkan kerjaya bidang penyiaran begitu sahaja, malah sebaliknya telah dilantik menjadi setiausaha akhbar kepada salah seorang ahli kabinet yang baru mengangkat sumpah.
Perkara itu dikongsikan oleh rakan penyampainya, Mior Abdul Malek Raiyani menerusi posting penghargaan atas perletakan jawatan tersebut.
“Setelah 16 tahun esok beliau tidak lagi bersama kami kerana telah mendapat kepercayaan berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada seorang Menteri yang baru mengangkat sumpah pagi tadi,” katanya.
Selain itu rakan sekerjanya yang lain, Amanda Lopez turut mendedahkan gerangan menteri berkenaan dimana Izwan akan bekerja sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.
“We’ll for sure miss his persona in the newsroom, his wit, humility, and ever willing to share information including letting us know the good news,
“as soon as he secured the position as Press Secretary to the newly minted Minister of International Trade & Industry, Ignatius Dorell Leiking last week,” ujarnya.
Sumber : Mior Abdul Malek Raiyani , Amanda Lopez / Ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady