“Macam Inilah Yang Kita Nak,Terbaik Ds Aliff,Moga Akan Datang Boleh Buat Lagi Mcm Ini”-Undang Anak Yatim Dan Tahfiz Serta 2000 Tetamu Ke Rumah,Aliff Syukri Dapat Pujian Netizen

Rumah besar dan mewah seperti rumah yang didirikan oleh Ds Aliff Syukri mungkin terlihat sangat gah di mata ramai orang. Maklumlah,rumah itu punya keluasan yang sangat besar sehinggakan dalamannya sahaja mempunyai sehingga 30 buah bilik. Mungkin ada di antara anda yang fikir kos yang terlalu tinggi itu adalah satu pembaziran dan di lihat melebih-lebih.

Namun bagi Ds Aliff Syukri, rumah itu di dirikan atas rasa cinta buat isteri dan anak-anaknya pada hari ini dan juga pada masa akan datang.Katanya apabila anak-anak sudah besar dan mempunyai rumah tangga masing-masing,rumah itu juga akan menjadi termpat berteduh mereka. Nampak sangat cantikkan hiasan dalaman yang di gunakan untuk rumah itu?

Sebelum ini Aliff Syukri ada menjemput ramai orang untuk datang ke rumah bagi meraikan hari lahirnya yang ke-31. Ekoran banyak rakaman video tarian Bollywood di upload di laman sosial hingga viral, makanya ada juga yang mempersoal kenapalah di buat majlis tarian begitu,alangkah lebih di adakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru.Bagi Aliff Syukri,perancangan itu sebenarnya sudah lama ada dan majlis itu juga di adakan beberapa hari selepas majlis sambutan hari lahirnya.

Kata Aliff Syukri,“Alhamdulillah selesai sudah majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pindah rumah dan kandungan isteri saya menginjak 7 bulan….Walaupun sebelum ni byk mulut cakap saya ni x beragama sbb x buat doa selamat dan mcm2 lagi sedangkan semua sudah kita plan dr awal cuma menunggu tarikh sesuai…..apapun terima kasih kepada anak2 tahfiz sudi meraikan rumah baru saya dan tetamu yg diundang seramai 2000 orang…minta maaf terlirang layan…harap2 semua puas hati”.

Kata Aliff Syukri,surau masih belum siap sepenuhnya dan para tetamu di katakan melakukan aktiviti ini di ruang lain.Selain itu bacaan surah Yassin juga di lakukan secara beramai-ramai dan kesemua tetamu juga hingga 2,000 orang kesemuanya di jamu dengan pelbagai juadah.

Rata-rata ramai memuji cara Aliff Syukri itu yang mana di lihat sangat bagus dan mulia kerana menjamu anak yatim bersama. Semoga yang baik-baik begini akan terus di lakukan lagi oleh Aliff Syukri.

 

Sumber: KisahDunia.COM / ceritadunia.org


Apa Kata Anda?